Sunday 30 December 2012

2013 here i come.!

Hai, assalamualaikum...blog ni dah berhabuk sbb lama sgt tak bkk..huhu...hmm...tmgal 2 hari lg dan aku akn bergelar pelajar spm...cepatnya masa berlalu...cuti tahun ni tak terasa pun...seolah olah macam sungai yg sdg deras mengalir...kejap je cuti thun ni rasa...i want some more holiday...but i guess it cant be helped...no more holiday n b prepare for battle...haha..macam nak pergi berperang plak...tp betul lah berperang...peperangan terakhir sblm meninggalkan era sekolah menengah...xsabar lah plak rasa nak tamatkan pengajian kat sekolah menengah...walaupun aku tahu perjalanan masih panjang...bukan mudah nak harungi hidup...ramai yg berjaya, tp sbnarnya gagal...ramai yg bijak tp sebenarnya bodoh...aku pun pening...aku cmne? kita xkan nmpk kslhan kita sndiri...aku harap tahun dpan mnjd tahun yg sgt menarik..aku xnak hidup aku dibebani oleh masalah...dan kalau ada aku akan cuba selesaikan...well as we all know , kita xboleh lari dari masalah...masalah akan datang walaupun dimana kita berada...ia adalah ujian yg tidak bertulis dan juga bukan lisan...dy adalah ujian yg merangkumi semua aspek... ^^ come to think about it...tak tahu kenapa aku tulis bnda2 ni semua...tapi aku rasa nak tulis so aku nak tulis la...lpas ni blog ni mngkin jd tmpt aku tulis ttg diri aku, perasaan aku dll...dah xsmpt nak share info2 mnarik dah...apa yg ada diminda, itulah yg ada di sini...wll thats all for now...chow.!

Thursday 29 November 2012

Kerja Masa Cuti

Hye assalamualaikum semua, dh lama gila dh xupdate blog dah bersawang dah nampaknya...haha...hari ni nk gtaw korang pasal apa yg aq buat masa2 cuti2 sekolah ni sampai blog pon xterupdate update lagi...haha...kerja aq ialah...GAMING...kua3...biasalah budak lelaki meningkat dewasa kan...kuat la sikit gaming dah la zaman sekarang macam2 dah ad...aq pon dah dpt men semua jenis konsol game kecuali 2 iaitu xbox dan ps3..ntah la bila plak nak men kan...yg lain semua dah try...bagi aq...pc lah konsol yg terbaik untuk main game...kualiti dan gambar game pc sama je dgn xbox...cuma control la susah sikit...tapi kalau korang beli joystick dah sama kan...dan kalu korang punya laptop ada HDMI smbung je dkat tV...komfem lagi puas hati...haha..game pc yang aq sdg main sekarang ialah blackshot...dy game on9...best la dapat men dgn kawan2 kan...haa...ni gmbr2nya,..sila la tgk ya..!!! :)




haha...wlpon gambar dy xberapa cantik tapi ok la untuk mengelakkan sesetengah pemain lag sbb pc mereka...jadi bg pc yg dah mantap xperlu risau la nak men game ni,,,bagi yg kurang pon dapat men jgak sbb game dy ringan saja...bagaimana nak dapatkan game ni.?
mudah saja taip blackshot di pakcik google lepas tu download saja...sapa2 nak main boleh la bagtao aq...boleh aq add kamu jadi frenz aq di dalam blackshot neh...huhu...

Friday 23 November 2012

Arnabku....

Hye dan assalamualaikum semua...lama giler dh rasanya aq xupdate blog aq ni...dah berhabuk dh ni...siap keno vacuum lagi *okayDhLbih2...haa...tajuk arnabku, haha...tu je yg dtg kat minda aq...maaflah, entry2ku kbykannya tidak la menarik sgt kerana byak yg memceritakan ttg hidup aq sje...nama blog pom welcome to my life kan..haha...

Dipendekkan cerita, arnab aq yg aq bg nama dlm diam tea susu nih dah melahirkan anak,, tetapi yg malangnya, yg dukacitanya, yg menyedihkannya...dy melahirkan 4 ekor anak, namun hanya 2 yg masih hidup, dua lagi dah selamat dikebumikan,,,ini kerana kecuaian aq, sbb tu lah aq sedih...aq tak snggka yg dy akan melahirkan anak tanpa warning...biasa warning arnab nak melahirkan anak ialah dy akan menggugurkan bulu dy, tapi si tea susu ni tak gugurkan bulu, tahu2 dah pun melahirkan anak...anaknya mati kerana terlekat di besi sangkarnya...aq lambat utk memperhatikan dy, tgk2 anak dy dah pun mati...nasib baik 2 ekor lagi masih hidup...sian kat arnab aq, dgn aq aq sekali pun sedih.

apa2pu aq harap dy dapat jaga anak dy lek lok...ni gambor dy dan anak dy...huhu

ni ibunya si teaSusu *pelik sikit namanya...haha ;p


ni gambar anak dy, tmgal 2 ekor je...harap2 dpt membesar dgn baik wlpom di musim yg tdak berapa mengizinkan ini




Sunday 18 November 2012

Cara Nak Elak Di Saman Polis

Hai, assalamualaikum semua...ha...korang semua nak tahu tak bagaimana cara nak elak drpd di saman polis...sebenarnya pelbagai cara boleh dilakukan...bukan apa,, saja2 je nak gtaw salah satu cara driver kita kat malaysia ni mengelak drpd di saman polis...bagus jugak cara dy...sape2 nak ikot haa silalah yerr...huhu
sila lihat video di bawah :)


haha..hebat kan...dengan cara ni pun dapat elak dr disaman...mcam2 kan...huhu...tapi pandai la dia memanipulasikan keadaan sbb dy yg byak bercakap dr anggota polis tersebut...huhu...tapi tidak digalakkan yerr...kalaula kita dah lakukan kesalahan, redho dan terima sajalah jika disaman, kalau kita tak buat kesalahan baru bleh buat macam ni..huhu

Friday 16 November 2012

Kalau Sakit Hati

Hai dan assalamualaikum semua...hari nak share sal apa yg perlu dibuat jika kita sakit hati...haaa...tentu semua org pernah merasai sakit hati ni kan...xkira la di mana, dgn siapa mahupun bila2 shj kn...okay, kita mesti akn terasa dgn seseorg krn tdak ada seorg pun manusia yang sempurna, semua mempunyai kekurangan dan semua mempunyai kelebihan...ni cara-cara untuk mengelakkan kita menjadi overdose apabila sakit hati...sila lah amalkan...insyaAllah, hatimu akan tenang dan jauh dari sifat2 yg tidak baik...

1. Muhasabah Diri

Sebelum kita menyalahkan orang lain, seharusnyalah kita melihat diri kita sendiri. Mungkin kita sakit hati oleh kata – kata saudara kita, padahal dia tak bermaksud menyakiti. Cuba bertanya pada diri sendiri, mengapa saudara kita  bersikap demikian.

Jangan-jangan kita sendiri yang telah membuat kesalahan kepadanya.



2. Menjauhkan Diri dari Sifat Iri Hati Dan Dengki

Iri hati dan dengki adalah beberapa ruang  yang menjadi pintu bagi syaitan untuk memasuki hati manusia.

Angan – angan yang berlebihan, dapat membuat seseorang buta dan tuli. Bila tidak dilandaskan iman, seorang yang berangan – angan cenderung akan melakukan berbagai cara untuk mendapatkan apa yang dicitanya.

Demikian sifat iri hati dan dengki. Sifat ini berasal dari kecintaan terhadap hal-hal yang bersifat material, kehormatan, dan pujian. Manusia tidak akan tenang bila dalam hatinya ada sifat ini.

Manusia juga tak akan pernah berasa bersyukur, kerana selalu merasa kurang. Dia selalu memandang ke atas, dan seolah tidak rela melihat orang lain memiliki kelebihan melebihi dirinya. Maka hapuskanlah terlebih dahulu sikap cintai dunia, sehingga dengki  menghilang

Rasulullah bersabda,
“Tidak boleh dengki kecuali kepada dua orang. Iaitu orang yang diberi harta oleh Allah, kemudian membelanjakannya di jalan yang benar. Dan orang yang diberi hikmah oleh Allah, kemudian memutuskan persoalan dengannya dan mengajarkannya.” (HR. Bukhari).


3. Menjauhkan Diri dari Sifat Amarah dan Keras Hati.

Bila marah telah timbul dalam hati manusia, kadangkala manusia bertindak tanpa pertimbangan akal. Jika akal sudah lemah, tinggallah hawa nafsu. Dan syaitan pun leluasa melancarkan serangannya, lalu mempermainkan diri manusia.

Ibnu Qudamah dalam Minhajul Qashidin menyebutkan bahawa Iblis pernah berkata, “Jika manusia keras hati, maka kami akan membaliknya sebagai anak kecil yang membalik bola.”



4. Memupuk Sifat Pemaaf.

“Jadilah engkau pemaaf, dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf, serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh.” Surah Al-A’raf : 199.
Allah sang Khaliq, Maha Pemaaf terhadap hambaNya. Tak kira sebesar gunung atau sedalam lautan kesalahan seorang hamba, jika dia bertaubat dengan sungguh-sungguh, maka Allah akan membukakan pintu maaf selebar-lebarnya.

Kita sebagai manusia yang lemah, tidak sepatutnya berlaku sombong, dengan tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain, sebelum dia meminta maaf. Insya Allah, dengan begitu, hati akan lebih terasa lapang.

Rasulullah bersabda,

“Bertakwalah kepada Allah di mana engkau berada, tindaklanjutilah kesalahan dengan kebaikan, nescaya kebaikan tersebut menghapus kesalahan tersebut, dan bergaulah dengan manusia lain dengan akhlak yang baik.” (HR. Hakim dan At-Tirmidzi).


5. Husnuzon (Berprasangka Baik).

Allah berfirman:

“Hai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kalian mengejek sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya.” (QS. Al-Hujurat : 12).

Adakalanya seorang muslim berburuk sangka terhadap seorang muslim lainnya sehingga dia memperkecilkan orang lain. Dia mengatakan macam-macam tentang orang lain, dan mengatakan dirinya lebih baik.

Tentu, perkara ini  yang tidak benar. Setiap muslim harus mengawasi diri terhadap titik-titik  yang cenderung untuk  memancing tuduhan, agar orang lain tidak berburuk sangka kepadanya.


6. Ikhlaskan Diri.

Ikhlas adalah kata yang ringan untuk diucapkan, tetapi cukup berat untuk dilakukan. Orang yang ikhlas dapat meniatkan segala tindakannya kepada Allah. Dia tidak memiliki jiwa yang bersifat duniawi. Apabila Allah mengujinya dengan kenikmatan, maka dia bersyukur. Bila Allah mengujinya dengan kesusahannya pun, dia bersabar.

Dia selalu percaya bahawa Allah akan sentiasa memberikan yang terbaik kepada hambaNya. Orang yang ikhlas akan lebih mudah menangani hatinyanya untuk selalu menyerahkan segalanya hanya kepada Allah. Hanya kepadaNyalah dia mengantungkan harapan.




Monday 12 November 2012

Kes Curi Kereta

Hai...assalamualaikum semua, lama xupdate blog...agak lama la jgak kan...sbb sy pergi bercuti kat tok aman bali resort...best siot...haha...skarang ni pun duk kat sana lagi...tapi curi2 update blog kat lobi dy...haha
Nak dijadikan cerita, sekarang ni ramai sgt activis2(xtaweja) di luar sana yg sedang giat menjalankan kegiatan mereka *bmFnini...
sekarang ni kes curi kereta makin menjadi jadi...ada suatu hari penyamun kereta telah menembak seorang polis yg cuba menyekatnya di kuala krai, polis itu terus dikejarkan ke hospital...dan ada kejadian yg berlaku di usj mana ntah,,,ke nama apa sy pun xengt...kes mat rempit cabut cermin kereta macam kat atas ni dah menyamun semua barangan berharga di dalam kereta,,,tapi hebat x hebat pencuri ni,,,macam mana dy boleh pandai bkak cermin kereta dgn begitu mudah...haa,, jadi pesanan kepada pembawa2 kereta,,,berhati hatilah di jalan raya serta di lorong2 sempit...kerana malang tdak berbau...ngeh3...bye :)

Thursday 8 November 2012

Website Terbaik utk Download

Hai assalamualaikum semua, hari ni nak share ttg website2 kat internet...byk website di internet yang berguna utk kita.Tapi korang taw tak site yg plg sesuai untuk mendownload sesuatu perkara...kalau sy site yg plg sesuai ialah piratebay. Mungkin ada yg bertanya selamat kah mendownload di internet,?...setakat pengalaman mendownload selama ini, tdk ada lagi yg bermasalah...semuanya cun aja...

Ni la laman web tuu...:))

This is my opinion...korang leh la share kalau ada site yg lebih berguna kat sini ek...huhu :)

ni salah satu video yg saya buat utk tutorial download prototype 2...malas nak buat pnjg...simple n easy...ntah lah org faham ke tak...hehe



sapa nak tgk kat utube pun silalah :))

Darah Lembu Di Makan

Hai semua, assalamualaikum dan slam sjahtera...cewah, macam nak bg ucapan gtu...apa yang sy nak bgtahu di sini ialah tentang selera org2 bukan islam di negara2 lain... saya tak pasti samaada di Malaysia ada atau tidak, iaitu selera utk memakan Darah Lembu sbg makanan. Bg kita org Islam, darah itu sendiri adalah najis, inikan lagi mahu dimakan, bygkanlah bagaimana jika kita  memakan najis...urmm agaknya sedap tak...haha...macam2 amalan pelik yg dilakukan di negara luar sana yg di luar jangkaan kita.. Contohnya di Tanzania, suku kaum Masaai di sana membuat upacara di mana pahlawan2 mereka meminum darah lembu. Sila tgk gmbr di bawah.

Lihatlah penganiaan yang diberikan kepada lembu2 disana...mereka menebuk lubang di saluran darah di bahagian tekak lembu dan menakung darah yg terpancut keluar...dasyat amalan ini. Saya kasihankan lembu itu...Diperlakukan segitu



Lihatlah mereka gembira meminum darah lembu, mmg kita tdak boleh berbuat apa2, kerana ini amalan mereka, kita tidak boleh masuk campur, cuma kita jgn jdkan diri kita sperti mereka. Kita tidak ada hak utk mengatakan kpd mereka apa yg betul dan salah...cuma berdoalah agar kita dijauhi dr perkara sperti ini..

Di bawah ini ada beberapa lagi cara org2 di Amerika dan Korea xsilap saya...memakan darah lembu

ini di korea, mereka memasukkan darah lembu yg telah dibekukan utk dimasak bersama-sama di dlam hidangan mereka



dan yg terakhir dua di atas ini ialah dari amerika dan ngara eropah yg lain...mereka menjual darah lembu dlam botol dah membuat sosej menggunakannya...

Bagi mereka tiada salahnya, bagi kita org islam, jgn pernah cuba...kalu saya...tgk darah lembu pun dah hilang selera nak makan...apatah lagi nak memakannya,,,huhu...jauh langit dari bumi...haha...sekadar itu shj kali ini, harap dapat memberi info yg menarik


Wednesday 7 November 2012

Dimarahi Cikgu

Hai, assalamualaikum semua,, hee,,,tajuk dimarahi cikgu...ermm...bukan apa pun pelajar sekolah, biasalah nakal cket...perkara ni berlaku tahun lepas...saje terengat, nak tergelak pun ada sebenarnya. Saya buat satu kerjaan yg kurang cerdik sebenarnya...tetapi sekadar nak lepass stresss...maklumlahh tahun peperiksaan thun lepas...xtahu la tahun depan SPM saya buat apa plak...hehe...apa salah saya...saya memanjat bangunan tangki air sekolah dgn rakan2 saya...sebenarnya dah byak kali saya buat, cuma sekali tu ternampak oleh cikgu...iaitu Ustaaz Ahmed...huhu...benda ni berlaku masa perkampungan utk pelajar PMR tahun lepas.Waktu riadah, saya riadah dgn panjat tangki air haha...masa duk kat puuncak tuu sempat la jgak snap pic...tgklah..hihi




Adegan yg berlaku semasa ustaz tahu...

ustz : Adib.!, turun...hey adib, adib kat atas tu turun~~~~~
saya: Telan air liur turun dgn muka yg takot

sampai kat bawah...ustz pun ckap
Ustz: hey awak ni, nak riadah jgn riadah kat sini, riadah padey...mula jgn naik goni, g padey...deh?
saya: Baik Ustz.!

*hehe...terengt lagi...dahla depan org...malu siot...ngeh3...but its a memory so it is golden to me...hhuu :)))

Tuesday 6 November 2012

Sape stress.?

Bagi readers yang stress.. Silalah amalkan doa ini... InsyaAllah stress anda akan berkurangan,,,

I'm Free

Hye...assalamualaikum semua,, hari nak gtaw yg saya sudah bebas... bebas dr peperiksaan...haha...walaupun bukan peperiksaan yang besar tapi ia tetap bermakna krn ia mengurungkn di dalam sangkar buku selama sebulan...muka pun dah jadi macam buku...agaknya najwalatif pun macam ni kot  dulu sbb tu lagu dy ada tajuk muka buka...kuang3...xde kaitan pun sebenarnya, saja nak buat lawak yang tak menjadi...korang bukan tergelak pun kan,...haha...lepas ni boleh la fokus benda2 lain, nnak tinggal terus dulu study, bab tahun depan komfem2 letih n mungkin dah xdek masa sgt nak berblogging...but tomorrow never die...haha...blogging tetap blogging exam tetapp examm...huhu...im trying to find something interesting for blog but do not know where to start. Any idea.?...huhu
Apeapepun saya suda bebas...dan dapat lah luang masa cket untuk bersosial di smping buat hobi kat rumah...hehe


Sunday 4 November 2012

Kenapa Jadi Pemimpin

Assalamualaikum...entry kali ini berkisah tentang diri saya... boleh dikatakan personal la... dan saya harap semua yang membaca dapat ambil yang jernih buanglah yg keruh yer...Kenapa jadi pemimpin.? Apa itu pemimpin.? bagaimana pemimpin yg baik.? Jenis2 pemimpin yg ada di dunia skrng ini... itu lah antara yang ingin sy kongsikan bersama...

Saya ialah seorang pemimpin, bukan nak perasan...tetapi ingin memberitahu... kenapa saya jadi pemimpin...kerana saya fikir diri saya tidak baik, apabila saya jadi pemimpin saya akan cuba untuk berubah dan mengubah diri saya ke arah kebaikan...bukan apa, kita pemimpin wajib jalankan tanggungjawab kita sebagai pemimpin... saya tahu saya masih banyak kelemahan yang saya sepatutnya ubah...

Pemimpin ialah org yang memimpin ssesuatu oganisasi, mahupun sekolah ataupun negara... banyak pemimpin  yg saya perhatikan inginkan glamor sedangkan tanggungjawab diabaikan... kalau sekali sekala,, xpelah jgak, ini tidak siap marah org yg menegurnya utk melakukan tugas nye lagi..! inilah pemimpin yg tahu NAK tp TAKNAK... mahu jadi pemimpin tetapi taknak buat tugas. Pemimpin yg baik ialah pemimpin yang dapat memimpin dirinya serta org lain ke arah yg baik.

Ada seorang bakal pemimpin. Seorang hamba Allah yg cukup sifatnya, bakal menjadi pemimpin... tetapi tak tahu erti seorang pemimpin.. Seperti yg saya cakap, pemimpin harus jalankan tugas.. jalankan tugas bagaimana.? BERSAMA-SAMA anak buahnya...bukan hanya pandai menyuruh tetapi tidak melakukannya. Bukan saya ini perfect, tetapi saya terpaksa menegur, saya harap kpd hamba Allah ini, silalah ambil ikhtibar.

Seorang yg menjadii pemimpin jga haruslah mewarwarkan bahawa dy telah mnjadi pemimpin. Bukan nak berbangga tetapi cukuplah utk mengelakkan orang bercakap di belakang kita. Contohnya, seorg pemimpin menyuruh rakannya mendiamkan hakikatnya sbg pmimpin, mungkin ada yg akan mengatakan, alah dy tu, saje la tu nak tunjuk baik... taknak menunjuk-nunjuk lulusnya dy menjadi pemimpin...

Hermm...saya rasa cukuplah stkat ni saja...maafla entry post kali ini panjang letih korang nak baca... sekadar renungan bersama... :)

*pemimpin tdk dkira fizikalnya lihatlah diatas..
^.^ bangga kan kita sbg umat islam ada kanak2 seperti ini
tetapi GAGAL kita sbg ISLAM jka
GAGAL berbuat begini..
.

Saturday 3 November 2012

Iphone4 is been burned.?



jumpa gambar ni...ada jgak org buat macam ni kan...xnak meh cney la...huhu...g bakor plak...byk betul duit dyorg...

Kota Suci Umat Islam II

ini ialah gambar di sekitar kota yg bersinar Madinah al - Munawwarah


gambar diatas ialah gambar di perkarangan masjid nabawi di madinah





atas ini adalah perkuburan Baqi'




pandangan dalam masjid nabawi





gambar diatas ini ialah gambar masjib quba'



atas ini ialah bukit uhud...


ini ialah masjid quba'...ramaikan orang... :)

sekian saja kali ini....assalamualaikum :)

Kota Suci Umat Islam

hai,...assalamualaikum semua...hari ni nak kongsikan detik penuh bermakna dalam diri aq...tadi masa aq tgh mengobek file image aq dalam external terjumpa gambar aq semasa menunaikan ibadah umrah baru2 ini... Rasa rindu plak pada kota suci islam ini.. sesungguhnya tiada tempat di dunia ini yg setenang kota suci bg umat islam... bagi sesiapa yg membaca entry ini saya harap korang berpeluang utk ke sana juga... ya Allah aku memohon kepada mu agar mempercepatkan hambaMu yg membaca entry ini utk melawat rumahMu ya Allah, ya Rasulullah- ameen
ini ialah hilton hotel yg berdiri gah di tepi masjidil al-haram



 inilah kaabah rakan2ku sekalian...lihatlah umat islam dr pelbagai bangsa dan negara bersatu menunaikan ibadah kpd Allah...









ini pandangan terakhir dan gambar terakhir aq ambil sebelum aq menunaikan tawaf wida' pada tghari hari tersebut...cuma kedudukan gmbar ini xterakhir dalam entry kali ini..






selepas meninggalkan Mekah terasa sayu hati aq kerana entah bila dapat ku kembali ke sini...