Monday 11 November 2013

Bertaubat dari dosa agar diri diberkatiNYA

asalamualaikum...setelah sekian lama sy tdk update blog ini. Hari ini sy nak kongsikan cara2 bertaubat.

Kita sbg manusia adalah mustahil utk kita tdak melakukan kesilapan terhadapnya dan terhadap org lain. Tp jgn takut Allah snantiasa ada dgn kita. Sbsar mana pun dosa kita klau kita bertaubat dgn bersungguh sungguh. Allah akan menerimanya.. Ingtlah dy Maha pengampun.

Kalau ada yg trasa tdak tenang dihati tp tdak tahu mengapa. Cepat2 lah berwuduk kerna ia mungkin gangguan syaitan. Jika kita tdak tenang dek dosa kita jelaslah bahawasanya dalam diri kita ada iman, jd segeralah bertaubat agar diri tak lg tenggelam jauh dan sesat dari jalan Allah

Cara-Cara Bertaubat 
  1. Menyedari besarnya dosa yang dilakukan sehingga menyesalinya dan menggeruni balasannya yang akan tertimpa diakhirat kelak jika tidak bertaubat, sebagaimana sabda Rasullullah saw : “Menyesali (dosa) itu adalah taubat”. (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)
  2. Berniat serta berusaha sedaya upaya menjauhi dan meninggalkan dosa yang telah dilakukan dan bertekad tidak akan mengulanginya lagi.
  3. Meninggalkan setiap apa yang dibenci dan diharamkan oleh Allah zahir dan batin, lantas beralih kepada yang dicintai dan diredhaiNya.
  4. Bertaubat dengan taubat nasuha sebagaimana firman Allah :“Wahai orang-orang Yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah Dengan taubat Nasuha, Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai” (At-Tahrim : 8)
  5. jika berdosa dgn seseorang hendaklah kita meminta keampunan drnya dan memenuhi hak2nya yang wajar kita penuhi.
Menangislah jika itu yg membuat kita tenang, mengadulah kpdNYA kerna drpd dialah kita dtg dan kepada dialah kita pergi, Allah Tuhan Sekalian Alam

semoga entry saya kali ini dapat membantu mana2 jiwa yg resah dek dosa sma ada yg lama ataupun yang baru. Sempena tahun baru Islam ini sy berazam utk menjadi mu'min yang lebih baik. Anda pula bagaimana.. tepuk dada tnyelah iman. Sekian terima kasih krna mmbaca smoga sama2 kita diberkatiNYA

No comments:

Post a Comment